Tuesday, 2 September 2025

NOTIS MAKLUMAN


Dukacita dimaklumkan sehingga tarikh 29/9/2025 pihak Pengurusan Jmb masih mengalami gangguan talian telefon. Kerja-kerja pembaikan telah dibuat sebelum ini bagi menaik taraf kabel telefon lama ke fiber, namun masih terdapat gangguan talian telefon.

Harap Maaf, segala kesulitan amatlah dikesali.



 

Thursday, 14 August 2025

GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK

BERIKUT DILAMPIRKAN NOTIS MAKLUMAN GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK SEMENTARA DIKAWASAN U10, PUNCAK PERDANA.

TARIKH  : 18hb Ogos 2025 (Isnin)
MASA : 10.00pagi - 4.00ptg






Wednesday, 25 June 2025

JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG KE-13 (AGM-13) BADAN PENGURUSAN BERSAMA PANGSAPURI RESAK



Merujuk kepada perkara diatas, dijemput Tuan / Puan pemilik unit Pangsapuri Resak untuk menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung Tahunan Ke-13 ( AGM-13 ) Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Resak.

Kelayakan hadir bagi pemilik adalah seperti yang tertakluk pada Panduan AGM -13 yang telah diedarkan atau boleh klik pada link panduan disini PANDUAN AGM-13

Pemilik / Pemilik Bersama yang tidak dapat hadir atau ingin menghantar wakil ke AGM-13 boleh mengisi borang yang dilampirkan bersama surat jemputan yang telah diedarkan atau "download"  borang Perlantikan Proksi (klik sini) dan emailkan ke jmb.resak@yahoo.com

Oleh yang demikian kehadiran Tuan / Puan pemilik unit Pangsapuri Resak amat diharapkan dan dihargai. Berikut dilampirkan bersama Surat Jemputan sebagai rujukan dan panduan.

Sekian, Terima kasih.

Tuesday, 24 June 2025

KERJA BAIKPULIH PONDOK PENGAWAL

Kerja-kerja penyelenggaraan dan penukaran tingkap yang rosak dan retak kepada tingkap sliding yang baru di pondok pengawal.  











KERJA PEMBAIKAN PAIP : KAWASAN PARKING BLOK 2

Kerj-kerja pembaikan paip pecah dibahagian tempat letak kenderaan di blok 2. 






Kerja-kerja mengorek untuk mencari bahagian paip yang pecah.




Paip pecah berpunca daripada akar pokok 




Tuesday, 21 January 2025

GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK

Dimaklumkan kepada penduduk, pihak JMB sering menerima aduan berlaku gangguan bekalan elektrik pada unit rumah di Pangsapuri Resak.

Setelah kerja-kerja pemeriksaan dilakukan oleh juruelektrik yang dilantik, punca litar pintas yang sering berlaku adalah daripada perlatan elektrik yang rosak ataupun pendawaian yang lama.

Rujuk gambar dibawah bagi melihat antara punca dan cara pencegahan yang boleh dilakukan oleh pemilik dan penyewa rumah.

Monday, 6 January 2025

NOTIS MAKLUMAN : SURAT PENGAGIHAN AIR

Dimaklumkan Pihak Pengurusan Air Selangor  telah mengeluarkan surat makluman bagi pembayaran tunggakan meter pukal (meter utama) kepada meter individu. Surat-surat telah diedarkan kepada semua penduduk melalui peti surat di unit rumah Pangsapuri Resak. 

Makluman lanjut berkaitan pengagihan tersebut boleh dirujuk pada posting notis makluman sebelum ini. Tekan sini

Surat Jadual Penyelesaian Tunggakan secara ansuran (Pemindahan Tunggakan dari meter utama - Migrasi)


Contoh Surat 


Notis Makluman di Papan Kenyataan