Wednesday 6 March 2019

PENUKARAN METER AIR PUKAL KEPADA METER INDIVIDU SYABAS

Merujuk kepada surat yang telah dikeluarkan kepada semua penduduk pada bulan Ogos 2016 SURAT pihak pengurusan ingin mengucapkna Ribuan Terima Kasih dan Tahniah diatas kerjasama yang diberikan oleh penduduk-penduduk.

Kerja-kerja mengalih dan menukar Meter Pukal kepada Meter Individu Syabas telah berjaya dilaksanakan. Fasa Pertama penukaran meter adalah pada bulan April 2017 melibatkan 176 unit rumah dan selebihnya bagi penduduk yang terlambat menghantar borang, meter ditukar pada Jun 2017 bagi Fasa ke-2 dan seterusnya sehingga tahun 2018. 

Hampir kesemua unit rumah telah menukar meter pukal kepada meter individu, cuma terdapat beberapa unit-unit rumah yang bermasalah seperti pemilik tidak dapat dihubungi dan tidak memulangkan borang penukaran meter sahaja yang tidak ditukar kepada meter individu. Bacaan meter pukal masih akan diambil oleh pihak pengurusan bagi unit-unit yang tidak menukar meter dan bagi unit-unit yang telah menukar meter kepada meter SYABAS bacaan meter akan dibuat oleh pihak Syabas. Sebarang permasalahan berkaitan meter atau aduan boleh dibuat di talian Aduan Syabas 15300 bagi pemilik meter individu.


Contoh Meter Pukal

Contoh Meter Individu Syabas bagi Fasa Pertama 


Contoh Meter Individu Syabas bagi Fasa ke-2 & Seterusnya.


No comments:

Post a Comment