Pihak Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Resak (JMB) ingin memaklumkan pada Mesyuarat Agung ke-12 yang lepas, satu perbincangan berkaitan isu tunggakan air meter pukal telah disuarakan kepada penduduk yang hadir.
Pihak JMB juga telah menjemput wakil daripada Pihak Pengurusan Air Selangor bagi membincangkan isu ini, dan memberikan penerangan berkaitan cadangan yang boleh digunakan oleh pihak JMB bagi membantu menyelesaikan isu tunggakan meter air pukal yang telah berlarutan.
Hasil keputusan mesyuarat AGM pada 18 Mei 2024 dengan cadangan dan sokongan daripada penduduk yang hadir, pihak JMB telah memutuskan untuk mengagihkan tunggakan ini secara samarata kepada semua unit di Pangsapuri Resak. (Minit Mesyuarat AGM 12)
Isu berkaitan tunggakan ini telah dimaklumkan kepada Pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB ) MBSA oleh pihak Pengurusan Air Selangor dan perbincangan bersama telah diadakan pada 16 Julai 2024 dipejabat LPHS.(Minit Mesyuarat LPHS)
Pihak Pengurusan Air Selangor telah memberikan dua cadangan kepada pihak JMB dengan Anggaran tunggakan sebanyak RM 204 688.10 (anggaran ini adalah jumlah untuk tempoh 3 bulan selepas AGM dan jumlah boleh berubah mengikut kadar caj semasa).
Cadangan agihan Tunggakan : Pengurusan Air Selangor
Pilihan Pertama
RM 802.70 / 12 bulan = RM 66.90/ sebulan Se-unit
(Bil semasa perlu dibayar bersama dengan tunggakan ini)
Pilihan Kedua
RM 802.70/ 24 bulan = RM 33.65 / sebulan Se-unit
(Bil semasa perlu dibayar bersama dengan tunggakan ini)
Usul pengagihan yang dicadangkan dan disokong adalah pembahagian tunggakan pilihan ke-2 yang diberikan oleh pihak Pengurusan Air Selangor dengan mengagihkan tunggakan kepada unit meter individu selama 24 bulan.
Surat perakuan dan pengesahan cadangan telah diberikan kepada pihak COB untuk pengesahan dan surat pengesahan telah diterima pada 13 September 2024 (rujuk gambar dibawah) dan telah diserahkan kepada pihak Pengurusan Air Selangor untuk tindakan selanjutnya. (Surat Pengesahan & Cadangan Pengurusan Air Selangor)
Kenapa tunggakan meter pukal perlu diagihkan kepada meter individu
Untuk makluman meter pukal adalah meter awal yang digunakan untuk menyalurkan air pada tangki - tangki dan kawasan sekitar Pangsapuri Resak sebelum di agihkan dan disalurkan kepada meter individu unit.
Sekiranya pengagihan tidak dilakukan pemotongan air pada saluran paip utama akan dilakukan oleh pihak Pengurusan Air Selangor dan boleh menyebabkan semua penduduk terputus bekalan air.
Kenapa bil air Meter Pukal Pangsapuri Resak tinggi
Terdapat kebocoran pada saluran paip air berikut :-
1. Kebocoran paip air dibawah tanah di pintu keluar dan kawasan petak parking blok 1 pada tahun 2021, mengakibatkan peningkatan bil air purata sekitar RM 22k sebulan selama 5 bulan sebelum kebocoran dikesan.
2. Kerosakan pam air di kolam renang dan mengakibatkan berlaku kebocoran air mengalir yang tidak henti.
3. Kebocoran pada tangki di kedua-dua blok bangunan kerana tangki yang sudah lama dah uzur. Terdapat beberapa bahagian tangki yang bocor dan telah pecah teruk.
Apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak JMB bagi menyelesaikan Kebocoran yang berlaku.
1. Kebocoran paip bawah tanah dijumpai pada Julai 2021 dan kerja-kerja pembaikan dilakukan segera, kerana terdapat mendapan tanah di dua kawasan tersebut dan boleh mengundang bahaya kepada penduduk.(gambar kerja pembaikan paip bocor)
2. Kebocoran dan kerosakan pada bahagian kolam renang, pam telah ditukar baru, kebocoran tidak dapat diperbaiki sepenuhnya kerana melibatkan kos yang tinggi.
3. Kebocoran pada tangki-tangki di sekitar blok 1 & blok 2 pembaikan telah dilakukan beberapa kali. Pembaikan tangki juga melibatkan kos yang tinggi dan dibuat secara berperingkat mengikut kadar kos yang mampu dikeluarkan oleh pihak JMB. (gambar kerja pembaikan tangki)
Pada bulan Ogos 2024 kerja-kerja pembaikan tangki bagi Blok 1 & Blok 2 telah dijalankan semula.
Kadar caj bil semasa meter pukal menunjukkan berlaku pengurangan hampir 50% daripada RM14k (Julai 2024) kepada RM6K (Okt 2024) dan kerja-kerja pembaikan akan terus dijalankan daripada masa ke semasa.
No comments:
Post a Comment