Wednesday 6 March 2019

PENUKARAN METER AIR PUKAL KEPADA METER INDIVIDU SYABAS

Merujuk kepada surat yang telah dikeluarkan kepada semua penduduk pada bulan Ogos 2016 SURAT pihak pengurusan ingin mengucapkna Ribuan Terima Kasih dan Tahniah diatas kerjasama yang diberikan oleh penduduk-penduduk.

Kerja-kerja mengalih dan menukar Meter Pukal kepada Meter Individu Syabas telah berjaya dilaksanakan. Fasa Pertama penukaran meter adalah pada bulan April 2017 melibatkan 176 unit rumah dan selebihnya bagi penduduk yang terlambat menghantar borang, meter ditukar pada Jun 2017 bagi Fasa ke-2 dan seterusnya sehingga tahun 2018. 

Hampir kesemua unit rumah telah menukar meter pukal kepada meter individu, cuma terdapat beberapa unit-unit rumah yang bermasalah seperti pemilik tidak dapat dihubungi dan tidak memulangkan borang penukaran meter sahaja yang tidak ditukar kepada meter individu. Bacaan meter pukal masih akan diambil oleh pihak pengurusan bagi unit-unit yang tidak menukar meter dan bagi unit-unit yang telah menukar meter kepada meter SYABAS bacaan meter akan dibuat oleh pihak Syabas. Sebarang permasalahan berkaitan meter atau aduan boleh dibuat di talian Aduan Syabas 15300 bagi pemilik meter individu.


Contoh Meter Pukal

Contoh Meter Individu Syabas bagi Fasa Pertama 


Contoh Meter Individu Syabas bagi Fasa ke-2 & Seterusnya.


KERJA-KERJA MENCANTAS & MEMOTONG POKOK

Kerja-kerja mencantas dan memotong pokok di kawasan Pangsapuri Resak dilakukan bagi mengelakkan kejadian-kejadian tidak diingini berlaku lagi, terutamanya apabila berlaku hujan lebat dan ribut. 

Berikut antara gambar-gambar sewaktu kerja-kerja mencantas dan memotong pokok bagi tahun 2018. 

Pokok tumbang akibat ribut yang telah mengena pada kenderaan penduduk.

Antara pokok-pokok yang codong akibat ribut.


Kerja-kerja pemotongan pokok-pokok yang dikuatiri mendatangkan bahaya kepada penduduk.

Kerja-kerja mencatas dahan pokok.

Pengumpulan dahan-dahan pokok yang telah ditebang.

Mencatas dahan-dahan pokok yang berisiko.



Kerja-kerja pembersihan dahan pokok.


Kerja-kerja pemotongan pokok yang dilakukan oleh En.Asri.

KERJA PEMBAIKAN AKIBAT RIBUT

Sepanjang tahun 2018 yang lalu terdapat banyak kejadian hujan ribut yang melanda di kawasan puncak perdana dan Pangsapuri Resak turut mengalami beberapa kerosakan dan termasuklah kejadian pokok tumbang. Berikut adalah antara gambar-gambar kerja-kerja pembaikan yang dilakukan selepas kejadian.


Saluran Paip yang tercabut daripada landasan.


Kerja-kerja pemasangan semula saluran paip.

Menukar & Menyambung saluran paip yang rosak.

Bumbung yang tercabut akibat ribut petir yang melanda.



Kerja-kerja memasang semula Atap Siling yang tercabut.




Pemasangan semula lampu yang tercabut akibat ribut.