Monday, 21 March 2016

[ APAKAH FUNGSI PEMASANGAN GROUNDING ]


Fungsi pemasangan grounding atau lebih juga dikenali sebagai pembumian adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada pancaran petir mengena terus kepada sesuatu yang tidak sepatutnya.

Pemasangan ini sebagai jalan bagi petir menuju terus kearah bumi dan tidak mengena pada bangunan atau rumah yang dilalui.

Pensyaratan nilai grounding dari suatu bacaan adalah </= 5 ohm, hasil tersebut merupakan standard bagi grounding. Standard lain pada suatu sistem grounding iaitu spesifik material untuk kabel penghantar, iaitu memiliki luas penampang >/= 50mm2.  Standard diatas dipergunakan untuk seluruh jenis sistem pembumian yang sedia ada.




Pemasangan grounding

Bacaan Pengujian Grounding di Pangsapuri Resak.

[ MENGUJI GROUNDING ( PEMBUMIAN ) ]

Untuk makluman penduduk, kerja-kerja pemasangan grounding  telah siap dilakukan. Pemasangan semula grounding dibuat berikutan berlaku kecurian pada kabel Grounding sebelum ini. 

Berikut adalah gambar bagi Kerja-kerja menguji pemasangan Grounding yang telah dibuat di 
Blok 1 & Blok 2 Pangsapuri Resak.





Meter menunjukkan bacaan pada kadar yang baik.







Sunday, 20 March 2016

GOTONG ROYONG PERDANA 20 DEC 2015


Gotong royong perdana yang diadakan di Pangsapuri Resak adalah bertujuan bagi membersihkan kawasan persekitaran bersama penduduk bagi menjalani kehidupan yang lebih selesa dan menyenangkan.

Pihak JMB mengucapakan ribuaan terima kasih kepada semua penduduk yang telah terlibat sama membantu dalam mengikuti aktiviti gotong royong yang dijalankan.