Thursday 8 August 2024

NOTIS MAKLUMAN : KERJA-KERJA PEMBAIKAN TANGKI AIR PANGSAPURI RESAK


Dimaklumkan kepada semua penduduk yang tinggal di Pangsapuri Resak, kerja-kerja pembaikan tangki sedang dijalankan di kedua-dua blok pangsapuri. Penduduk dinasihatkan untuk sentiasa menyimpan air sepanjang tempoh kerja-kerja pembaikan dijalankan.

Kerja-kerja pembaikan ini perlu dijalankan kerana terdapat banyak bahagian-bahagian tangki yang telah rosak dan reput, termasuk juga kebocoran pada bahagian saluran air dan paip di sekitar tangki yang menyalurkan air pada unit-unit rumah.



Notis makluman penduduk telah ditampal di notis board dan sekitar Pangsapuri Resak.



Keadaan tangki di Pangsapuri Resak




Keadaan di dalam tangki yang telah dikosongkan dan akan dibaik pulih.



Antara bahagian-bahagian tangki yang bocor dan perlu dibaikpulih segera.




Kebocoran pada bahagian-bahagian tangki yang menjadi antara punca kenaikan bil meter air pukal, dan ia boleh menjadi antara punca berlakunya kebocoran pada unit-unit rumah.


Bahagian yang ditanda merah pada tangki adalah antara bahagian yang bocor dan perlukan pembaikan.





Kerja-kerja penampalan pada bahagian-bahagian yang bocor di dalam tangki.




Kerja-kerja pembaikan dan pembersihan tangki dijalankan dan masih di dalam proses.




Pengeringan tangki bagi memudahkan kerja-kerja penampalan pada bahagian-bahagian yang bocor.


Kerja-kerja pembaikan tangki bagi Blok 1 dan Blok 2 masih giat dijalankan. Kerja pembaikan terpaksa dijalankan secara berperingkat-peringkat kerana kos pembaikan yang tinggi dan keadaan tangki yang sudah agak lama.

Perkembangan kerja-kerja pembaikan akan dikemaskini dari semasa ke semasa...✋

Wednesday 7 August 2024

GOTONG ROYONG PEMBERSIHAN TADIKA

Gotong Royong bersama antara AJK dan penduduk membersihkan unit tadika pada 3 Ogos 2024. Kerja-kerja pembersihan dilakukan bersama bagi membuang perabot-perabot yang ditinggalkan dan mencuci serta membersihkan lantai yang kotor kesan daripada penanggalan karpet jenis woven polypropylene sebelum ini.



Kerja-kerja membersih dan mencuci tadika.


Kerja-kerja membersih dan membuang kotoran pada lantai tadika






Pembersihan dan pembuangan perabot-perabot yang telah ditinggalkan.

Saturday 18 May 2024

GOTONG ROYONG PERDANA PANGSAPURI RESAK

Program Gotong Royong Perdana telah dijalankan di Pangsapuri Resak pada 18 Mei 2024, program ini dijalankan bagi membersihkan kawasan sekitar Pangsapuri Resak bagi menghindari Wabak Demam Denggi yang semakin meningkat di Kawasan sekitar. 

Program ini juga turut dihadiri oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah. Pameran berkaitan nyamuk Aedes dan cara pencegahan juga turut disampaikan oleh wakil daripada Pejabat Kesihatan Daerah Petaling kepada wakil-wakil penduduk yang hadir ke Program Gotong Royong yang dijalankan.

Kerjasama daripada semua penduduk amat membanggakan, dan ribuan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan. 


Taklimat daripada BE sebelum kerja-kerja gotong royong di jalankan.


Pengagihan keperluan ringkas untuk gotong royog




Gotong Royong disekitar kawasan kedua-dua blok.



Pembuangan barang-barang lusuh disekitar unit ke dalam tong sampah Roro yang disediakan.




Pembersihan & mengutip sampah-sampah bekas takungan air disekitar luar pagar resak bagi memusnahkan tempat pembiakan jentik-jentik.


Pembersihan disekitar unit-unit rumah yang berpotensi pembiakan jentik-jentik. 




Pengumpulan barang-barang lusuh dan terbiar disekitar kolam renang untuk dibuang di tong Roro yang disediakan untuk gotong royong.




Pembersihan disekitar pondok pengawal dan tempah motor-motor lusuh yang ditinggalkan.


Para penduduk berkerjasama dan bertungkus lumus untuk membersihkan barang-barang lusuh yang tidak terpakai di kawasan sekitar Pangsapuri Resak.



Pameran berkaitan Nyamuk Aedes yang dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah.


Penyampain taklimat berkaitan Kes Denggi di sekitar Pangsapuri Resak oleh wakil daripada Pejabat Kesihatan Daerah Petaling.




Antara bahan pameran yang ada sekitar gotong royong untuk panduan penduduk bersama.


Jenis-jenis nyamuk Aedes dan tanda-tanda jangkitan turut di pamerkan pada pameran tersebut.



MESYUARAT AGUNG KALI KE-12

MESYUARAT AGUNG KALI KE-12 TELAH DIJALANKAN DI DEWAN SERBAGUNA PANGSAPURI RESAK PADA 18 MEI 2024. 

MESYUARAT DIHADIRI OLEH PENDUDUK RESAK TERDIRI DARIPADA PEMILIK UNIT DAN PENYEWA. 


Barisan Ahli Jawatan Kuasa & Pejabat Pengurusan JMB Resak


Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil daripada pihak Pengurusan Air Selangor bagi membincangkan isu bil air yang tertunggak dan bagaimana cara penyelesaian yang boleh diambil.



Antara wakil-wakil penduduk yang hadir ke Mesyuarat Agung kali ke - 12


Turut hadir bersama wakil daripada pihak Mydin bagi mewakili tuan rumah yang disewakan untuk pekerja-pekerja Mydin





Jamuan makan dan cenderahati bagi wakil-wakil penduduk yang hadir.





Kaunter pendaftaran dan Cenderahati untuk wakil penduduk yang hadir.







Pihak JMB Resak mengucapkan tahniah dan terima kasih keatas penduduk yang dapat hadir bagi menjayakan Mesyuarat Agung Kali ke-12 . 

Jutaan terima kasih juga kepada semua Ahli Jawatan Kuasa (AJK)  bagi tahun 2023 / 2024 yang telah  berkhidmat begitu juga dengan bahagian Pengurusan , Pembersihan dan Kawalan Keselamatan.