Wednesday, 25 June 2025

JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG KE-13 (AGM-13) BADAN PENGURUSAN BERSAMA PANGSAPURI RESAK



Merujuk kepada perkara diatas, dijemput Tuan / Puan pemilik unit Pangsapuri Resak untuk menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung Tahunan Ke-13 ( AGM-13 ) Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Resak.

Kelayakan hadir bagi pemilik adalah seperti yang tertakluk pada Panduan AGM -13 yang telah diedarkan atau boleh klik pada link panduan disini PANDUAN AGM-13

Pemilik / Pemilik Bersama yang tidak dapat hadir atau ingin menghantar wakil ke AGM-13 boleh mengisi borang yang dilampirkan bersama surat jemputan yang telah diedarkan atau "download"  borang Perlantikan Proksi (klik sini) dan emailkan ke jmb.resak@yahoo.com

Oleh yang demikian kehadiran Tuan / Puan pemilik unit Pangsapuri Resak amat diharapkan dan dihargai. Berikut dilampirkan bersama Surat Jemputan sebagai rujukan dan panduan.

Sekian, Terima kasih.

Tuesday, 24 June 2025

KERJA BAIKPULIH PONDOK PENGAWAL

Kerja-kerja penyelenggaraan dan penukaran tingkap yang rosak dan retak kepada tingkap sliding yang baru di pondok pengawal.  











KERJA PEMBAIKAN PAIP : KAWASAN PARKING BLOK 2

Kerj-kerja pembaikan paip pecah dibahagian tempat letak kenderaan di blok 2. 






Kerja-kerja mengorek untuk mencari bahagian paip yang pecah.




Paip pecah berpunca daripada akar pokok