Thursday, 5 December 2024

POSTER : INFO PENDUDUK


TANGGUNGJAWAB JMB & PEMILIK UNIT RUMAH


SYSTEM SALURAN AIR METER PUKAL KE METER INDIVIDU


PUNCA KEBOCORAN & CARA PENYELESAIAN







 

Tuesday, 3 December 2024

MAKLUMAN : PENGAGIHAN TUNGGAKAN METER PUKAL KEPADA METER INDIVIDU

Pihak Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Resak (JMB) ingin memaklumkan pada Mesyuarat Agung ke-12 yang lepas, satu perbincangan berkaitan isu tunggakan air meter pukal telah disuarakan kepada penduduk yang hadir. 

Pihak JMB juga telah menjemput wakil daripada Pihak Pengurusan Air Selangor bagi membincangkan isu ini, dan memberikan penerangan berkaitan cadangan yang boleh digunakan oleh pihak JMB bagi membantu menyelesaikan isu tunggakan meter air pukal yang telah berlarutan.

Hasil keputusan mesyuarat AGM pada 18 Mei 2024 dengan cadangan dan sokongan daripada penduduk yang hadir, pihak JMB telah memutuskan untuk mengagihkan tunggakan ini secara samarata kepada semua unit di Pangsapuri Resak. (Minit Mesyuarat AGM 12)

Isu berkaitan tunggakan ini telah dimaklumkan kepada Pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB ) MBSA oleh pihak Pengurusan Air Selangor dan perbincangan bersama telah diadakan pada 16 Julai 2024 dipejabat LPHS.(Minit Mesyuarat LPHS)

Pihak Pengurusan Air Selangor telah memberikan dua cadangan kepada pihak JMB dengan Anggaran tunggakan sebanyak RM 204 688.10 (anggaran ini adalah jumlah untuk tempoh 3 bulan selepas AGM dan jumlah boleh berubah mengikut kadar caj semasa).

Cadangan agihan Tunggakan : Pengurusan Air Selangor 

Pilihan Pertama

RM 802.70 / 12 bulan = RM 66.90/ sebulan Se-unit
(Bil semasa perlu dibayar bersama dengan tunggakan ini)

Pilihan Kedua

RM 802.70/ 24 bulan = RM 33.65 / sebulan Se-unit 
(Bil semasa perlu dibayar bersama dengan tunggakan ini)

Usul pengagihan yang dicadangkan dan disokong adalah pembahagian tunggakan pilihan ke-2 yang diberikan oleh pihak Pengurusan Air Selangor dengan mengagihkan tunggakan kepada unit meter individu selama 24 bulan.

Surat perakuan dan pengesahan cadangan telah diberikan kepada pihak COB untuk pengesahan dan surat pengesahan telah diterima pada 13 September 2024 (rujuk gambar dibawah) dan telah diserahkan kepada pihak Pengurusan Air Selangor untuk tindakan selanjutnya. (Surat Pengesahan & Cadangan Pengurusan Air Selangor)

Surat Pengesahan 


Kenapa tunggakan meter pukal perlu diagihkan kepada meter individu 

Untuk makluman meter pukal adalah meter awal yang digunakan untuk menyalurkan air pada tangki - tangki dan kawasan sekitar Pangsapuri Resak sebelum di agihkan dan disalurkan kepada meter individu unit.

Sekiranya pengagihan tidak dilakukan pemotongan air pada saluran paip utama akan dilakukan oleh pihak Pengurusan Air Selangor dan boleh menyebabkan semua penduduk terputus bekalan air.


Kenapa bil air Meter Pukal Pangsapuri Resak tinggi

Terdapat kebocoran pada saluran paip air berikut :-

1. Kebocoran paip air dibawah tanah di pintu keluar dan kawasan petak parking blok 1 pada tahun 2021, mengakibatkan peningkatan bil air purata sekitar RM 22k sebulan selama 5 bulan sebelum kebocoran dikesan. 

2. Kerosakan pam air di kolam renang dan mengakibatkan berlaku kebocoran air mengalir yang tidak henti.

3. Kebocoran pada tangki di kedua-dua blok bangunan kerana tangki yang sudah lama dah uzur. Terdapat beberapa bahagian tangki yang bocor dan telah pecah teruk.

Apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak JMB bagi menyelesaikan Kebocoran yang berlaku.


1.  Kebocoran paip bawah tanah dijumpai pada Julai 2021 dan kerja-kerja pembaikan dilakukan segera, kerana terdapat mendapan tanah di dua kawasan tersebut dan boleh mengundang bahaya kepada penduduk.(gambar kerja pembaikan paip bocor) Video Kerja Pembaikan Paip Bawah Tanah

2.   Kebocoran dan kerosakan pada bahagian kolam renang, pam telah ditukar baru, kebocoran tidak dapat diperbaiki sepenuhnya kerana melibatkan kos yang tinggi.

3.    Kebocoran pada tangki-tangki di sekitar blok 1 & blok 2 pembaikan telah dilakukan beberapa kali. Pembaikan tangki juga melibatkan kos yang tinggi dan dibuat secara berperingkat mengikut kadar kos yang mampu dikeluarkan oleh pihak JMB. (gambar kerja pembaikan tangki)

Pada bulan Ogos 2024 kerja-kerja pembaikan tangki bagi Blok 1 & Blok 2 telah dijalankan semula.

Kadar caj bil semasa meter pukal menunjukkan berlaku pengurangan hampir 50% daripada RM14k (Julai 2024)  kepada RM6K (Okt 2024) dan kerja-kerja pembaikan akan terus dijalankan daripada masa ke semasa.





Thursday, 8 August 2024

NOTIS MAKLUMAN : KERJA-KERJA PEMBAIKAN TANGKI AIR PANGSAPURI RESAK


Dimaklumkan kepada semua penduduk yang tinggal di Pangsapuri Resak, kerja-kerja pembaikan tangki sedang dijalankan di kedua-dua blok pangsapuri. Penduduk dinasihatkan untuk sentiasa menyimpan air sepanjang tempoh kerja-kerja pembaikan dijalankan.

Kerja-kerja pembaikan ini perlu dijalankan kerana terdapat banyak bahagian-bahagian tangki yang telah rosak dan reput, termasuk juga kebocoran pada bahagian saluran air dan paip di sekitar tangki yang menyalurkan air pada unit-unit rumah.



Notis makluman penduduk telah ditampal di notis board dan sekitar Pangsapuri Resak.



Keadaan tangki di Pangsapuri Resak




Keadaan di dalam tangki yang telah dikosongkan dan akan dibaik pulih.



Antara bahagian-bahagian tangki yang bocor dan perlu dibaikpulih segera.




Kebocoran pada bahagian-bahagian tangki yang menjadi antara punca kenaikan bil meter air pukal, dan ia boleh menjadi antara punca berlakunya kebocoran pada unit-unit rumah.


Bahagian yang ditanda merah pada tangki adalah antara bahagian yang bocor dan perlukan pembaikan.





Kerja-kerja penampalan pada bahagian-bahagian yang bocor di dalam tangki.




Kerja-kerja pembaikan dan pembersihan tangki dijalankan dan masih di dalam proses.




Pengeringan tangki bagi memudahkan kerja-kerja penampalan pada bahagian-bahagian yang bocor.


Kerja-kerja pembaikan tangki bagi Blok 1 dan Blok 2 masih giat dijalankan. Kerja pembaikan terpaksa dijalankan secara berperingkat-peringkat kerana kos pembaikan yang tinggi dan keadaan tangki yang sudah agak lama.

Perkembangan kerja-kerja pembaikan akan dikemaskini dari semasa ke semasa...✋

Wednesday, 7 August 2024

GOTONG ROYONG PEMBERSIHAN TADIKA

Gotong Royong bersama antara AJK dan penduduk membersihkan unit tadika pada 3 Ogos 2024. Kerja-kerja pembersihan dilakukan bersama bagi membuang perabot-perabot yang ditinggalkan dan mencuci serta membersihkan lantai yang kotor kesan daripada penanggalan karpet jenis woven polypropylene sebelum ini.



Kerja-kerja membersih dan mencuci tadika.


Kerja-kerja membersih dan membuang kotoran pada lantai tadika






Pembersihan dan pembuangan perabot-perabot yang telah ditinggalkan.

Saturday, 18 May 2024

GOTONG ROYONG PERDANA PANGSAPURI RESAK

Program Gotong Royong Perdana telah dijalankan di Pangsapuri Resak pada 18 Mei 2024, program ini dijalankan bagi membersihkan kawasan sekitar Pangsapuri Resak bagi menghindari Wabak Demam Denggi yang semakin meningkat di Kawasan sekitar. 

Program ini juga turut dihadiri oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah. Pameran berkaitan nyamuk Aedes dan cara pencegahan juga turut disampaikan oleh wakil daripada Pejabat Kesihatan Daerah Petaling kepada wakil-wakil penduduk yang hadir ke Program Gotong Royong yang dijalankan.

Kerjasama daripada semua penduduk amat membanggakan, dan ribuan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan. 


Taklimat daripada BE sebelum kerja-kerja gotong royong di jalankan.


Pengagihan keperluan ringkas untuk gotong royog




Gotong Royong disekitar kawasan kedua-dua blok.



Pembuangan barang-barang lusuh disekitar unit ke dalam tong sampah Roro yang disediakan.




Pembersihan & mengutip sampah-sampah bekas takungan air disekitar luar pagar resak bagi memusnahkan tempat pembiakan jentik-jentik.


Pembersihan disekitar unit-unit rumah yang berpotensi pembiakan jentik-jentik. 




Pengumpulan barang-barang lusuh dan terbiar disekitar kolam renang untuk dibuang di tong Roro yang disediakan untuk gotong royong.




Pembersihan disekitar pondok pengawal dan tempah motor-motor lusuh yang ditinggalkan.


Para penduduk berkerjasama dan bertungkus lumus untuk membersihkan barang-barang lusuh yang tidak terpakai di kawasan sekitar Pangsapuri Resak.



Pameran berkaitan Nyamuk Aedes yang dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah.


Penyampain taklimat berkaitan Kes Denggi di sekitar Pangsapuri Resak oleh wakil daripada Pejabat Kesihatan Daerah Petaling.




Antara bahan pameran yang ada sekitar gotong royong untuk panduan penduduk bersama.


Jenis-jenis nyamuk Aedes dan tanda-tanda jangkitan turut di pamerkan pada pameran tersebut.